Masa kat Malaysia, takde nye aku nak layan makanan mat saleh ni. Kalau letak pizza, burger, spaghetti, lasagna dan nasi padang depan mata, sumpah aku pilih nasi padang. Kuasa nasi tu memang kuat pada orang Asia, sebab nasi kan makanan ruji kita. Betul tak orang Malaysia? Seperti yang aku pernah cerita sebelum ni, setelah hidup di bumi Glasgow, rutin dan pola makanan berubah. Aku dah dapat menerima makan nasi sehari sekali dan gantikan nasi dengan roti ataupun pasta. eceh. Makanan halal mudah dicari tapi mesti berhati-hati juga. Kami disini selalunya akan mengambil sedikit masa untuk membeli belah terutama barang makanan di pasaraya. Sesiapa yang masih terkejut Tesco ada di UK, usai lagi tekejut ye sebab Tesco memang company dari England, UK. hehe. Tesco Wangsa Maju tu cawangan diorang kat Malaysia. Okay?
Kebiasaannya, makanan untuk vegetarian akan menjadi pilihan kami disini. Walaubagaimanapun, mesti baca label pada makanan tu juga. Contohnya, "ready made coleslaw", memang kita tahu yang coleslaw tu bahan asasnya sayur-sayuran dan mayo kan. Tapi, mat saleh akan letak wine untuk menyedapkan lagi coleslaw tersebut menjadikan nya tidak lagi halal untuk dimakan. Begitu juga dengan keju. Tak susah nak dapatkan keju untuk vegetarian. Mereka menggunakan artificial renin untuk pembuatan keju. Mat saleh sangat particular pasal makanan, mereka sangat menitik beratkan label pada makanan. Setiap ingredients akan ditulis pada label memudahkan kita sebagai pengguna memilih.
Berbalik pada topik, kat sini pelbagai jenis pasta dijual. Salah satu yang menarik perhatian dan menjadi kegemaran adalah Tortellini. Aku tak pernah makan bende alah ni masa kat Malaysia dulu. Bentuk dan nama pun dah kiut. Rasa apetah lagi. *drooling*
![]() |
| Tortellini: Kiri: sebelum dimasak. Berbentuk cincin dan berinti keju dan spinach. Kanan: Setelah dimasak bersama Pasta Sauce. |
Tiada lagi sarapan nasi lemak ataupun nasi dagang disini. Tapi sejak aku tau kewujudan bende alah ni, pagi menjadi gilang gemilang. Breakfast? Lunch? dinner? bila-bila pun sesuai nak makan Torterllini. eh sedap lah. Bulan puasa akan menjelang tiba. Mahu berpuasa bersungguh-sungguh meskipun akan berpuasa selama 20 jam disini. InsyaAllah.
p/s : Can't wait for tomorrow. Trip before Ramadhan.

0 Rindu Saya:
Post a Comment