Saturday, 23 July 2011

UniSZA-mate

Isnin lepas kitorang menerima kunjungan dari big boss yang datang jauh dari Malaysia. Dia datang untuk melawat semua staf UniSZA yang menuntut di serata UK ni. Memandangkan beliau ada conference kat Edinburgh, haruslah melawat anak-anak buah kat Glasgow dahulu sebelum meneruskan pengambaraan ke Aberdeen, St. Andrews, dan beberapa universiti di England pula. Bagus la ada juga orang besar nak turun padang dan tanya perkembangan staf yang sambung belajar di luar negara. Tinggal di negara orang memang mencabar. Tak semudah di Malaysia. Apetah lagi tanggungjawab besar dipikul nak menuntut ilmu. Mujurlah big boss pun graduate dari St. Andrews uni. Dia paham sangat la masalah-masalah orang yang sambung belajar kat luar ni. Beliau sendiri pun pernah diduga masa buat phd dulu dan hampir give up katenye. Biasalah, langit tak selalu nye cerah. Yang penting jangan patah semangat dan teruskan usaha, doa, tawakal kepada Allah swt. InsyaAllah.

Kebetulan hari isnin tu bank holiday. Kiranya cuti umum la kat sini. Kitorang pun decide berkumpul kat rumah kak wafa kat area southside. Seronok betul dapat kumpul dengan orang satu tempat keje ni. Macam-macam benda boleh disembangkan.  Apetah lagi dapat makan yang sedap-sedap kan. Rasa macam kat umah je. 

Semua juadah kak wafa yang masak. Sedap you..!
Big boss dan 4 orang anak buahnya. Dari kiri depan: FG, Mariam, Kak halida. Belakang: Prof.Manaf dan Kak wafa.

Semoga perjalanan menuntu ilmu sentiasa dipermudahkan untuk kita semua. 

p/s: kredit gambar -Kak Wafa FB.

2 Rindu Saya:

  1. prof manaf g melancong rupanye..patut la x nmpk kat conference burung walit...
    lain betol dr.faizal rambut pnjg..hehe

    ReplyDelete
  2. a'ah..dia ada conference lain kat scotland..tu yg tak dapat hadir icotos. =p

    ReplyDelete