Update belog sambil dengar lagu raya kat Hot FM memang masyuk. Pejam celik pejam celik dah masuk hari yang ke 23 umat Islam berpuasa di bulan yang penuh keberkatan ni. Alhamdulillah sepanjang berpuasa di sini, segalanya berjalan dengan baik-baik ajer. Ini pengalaman pertama aku berpuasa di perantauan, rasa nak kongsi sikit pengalaman ni bersama pembaca disini:
1. Berpuasa ketika Summer
Ketika musim panas, waktu siang lebih panjang dari waktu malam. Ini bermakna ketika awal-awal puasa hari tu, aku berpuasa hampir 20 jam. Masa hari pertama puasa, imsak masuk pukul 1.23am dan maghrib masuk pukul 9.31 malam. haa kira sendiri berapa lama kitorang berpuasa. Tapi walaupun Summer, suhu hanya sekitar 18-20°C dan hujan renyai yang turun membuatkan cuaca nyaman dan kurang rasa dahaga berbanding kalau berpuasa di Malaysia.
2. Waktu solat dan berbuka puasa berbeza-beza mengikut masjid
Menarik jugak perkara ni. Di sini terdapat banyak mazhab dan setiap mereka ada cara tersendiri dalam menentukan waktu solat dan berbuka puasa. Pada awal ramadhan, setiap masjid akan keluarkan jadual berbuka puasa sepanjang Ramadhan. Terpulang pada kita nak refer yang mana satu.
3. Tarawih dan Iftar
Nampaknya sepanjang ramadhan kali ni aku hanya berbuka puasa dan bertarawih di rumah sahaja. Memang meriah masjid bila masuk bulan ramadhan, sama seperti di Malaysia. Orang-orang pakistan selalunya akan menyediakan makanan percuma seperti nasi beriyani kepada sesiapa yang ingin berbuka dan bertarawih di masjid. Memang bagus la untuk orang-orang bujang yang agak-agak malas nak masak kan.
4. Iftar Jama'i
Berkesempatan hadirkan diri ke Majlis Iftar Jama'i yang dianjurkan oleh Komuniti Malaysia Glasgow dan Komuniti West End. Masa ni la nak kenal orang-orang malaysia yang ada disini dan masa ni jugaklah nak makan masakan malaysia yang sedap-sedap belaka. Mana la nak ada bazar ramadhan kat sini kan. Kalau tekak tu teringin nak makan sesuatu tu, memang kene la masak sendiri. Oh sebab tu orang malaysia kat sini terer gila memasak.
5. Tiada shopping raya
Benda ni paling ketara dirasakan. Haha, aku berani cakap la majoriti orang kat Malaysia sekarang ni sure tengah sibuk shopping untuk hari raya kan? Sejak tinggal di sini, sifat berjimat cermat tu makin menebal, maklum sajelah duit UK kan mahal. Beli pun benda yang penting dan perlu je. Kadang-kadang pikir sampai 3-4 kali kalau nak beli barang kat sini.
6. Salam perantauan
Benda yang paling excited untuk semua perantau-perantau di perantauan. Bukan apa pun, semua untuk dikongsi dengan keluarga yang jauh dimata. Bila muka dah keluar surat khabar tu, fuh boleh kecoh la satu kampung, eh aku nampak ko kat metro, kat situ kat sini. Bikin gempak je kan. haha.
0 Rindu Saya:
Post a Comment