UK oh UK..Seperti mana yang korang tahu UK masih lagi bergolak you..Terutama di England. Aku berdoa benda ni tak merebak ke Scotland. Masih tak habis-habis riots yang menyusahkan semua orang. Aku pasti David Cameron tak senang duduk tidur tak lena kenangkan negara depa yang beberapa bulan lepas meriah gilang gemilang dengan Royal Wedding, tapi kini 'meriah' dengan rusuhan, pemberontak yang suka hati nak pergi bakar kedai, bakar kereta orang. Ini lah dia perangai orang yang tak guna akal dan tak ada pegangan agama. Kalau korang nak tahu, majoriti rakyat britain adalah Atheist, maknanya mereka memang dah tak percaya kepada tuhan. Tak ada benda yang mereka nak takutkan. Tapi bukan semua rakyat britain bersifat begitu. Di Scotland sendiri, rakyat tempatan sangat baik dan polite walaupun nampak macam samseng badan penuh dengan tattoo.
Benda ni jadi lebih sensitif bila melibatkan orang yang bukan rakyat tempatan. Contohnya kes Mohammed Ashraf Haziq yang cedera dan dirompak semasa keluar untuk berbuka puasa. Aku rasa satu dunia pun dah maklum dengan perkara ni. Dan khabarnya Ibu bapa Ashraf akan berangkat ke UK untuk menziarahi beliau disini.
Pagi ni bila aku baca Metro UK, terpampang besar muka Ashraf kat surat khabar. Khabarnya online campaign yang dilancarkan untuk beliau berjaya mengutip sumbangan sehingga £4000, kira-kira RM 20,000 duit Malaysia. Dia sangat positif dengan apa yang berlaku dan akan tetap meneruskan pengajian beliau di UK. Yelah, baru datang sebulan dah diduga begini. Hidup diperantauan memang kene berserah kepada Allah ta'ala. Tawakal jelah sebab tujuan kitorang disini pun nak menuntut ilmu. Selalu berdoa supaya Allah lindung dari bahaya dan permudahkan segala urusan samada urusan belajar ataupun urusan dengan orang sekeliling kita.
![]() |
| Metro.co.uk 12 August 2011 |


hope everything will gonna be find.
ReplyDeleteYeah it was horrible. Thanks God it is finish .
ReplyDelete