Setelah beberapa hari hujan dan berangin, hari ni matahari muncul dengan meriahnya! Berduyun manusia keluar menadah muka kat matahari. Cahaya matahari tu macam ibarat mutiara Reflessia kat baju kawin memey suhaiza.okay tipu. Sejak dua menjak ni semakin kurang nafsu nak update belog. Nak cakap keje banyak sangat takdelah. Keje memang tak akan habis sampai lah aku siap phd. ye tak?
Akhir-akhir ni ramai orang Malaysia yang baru datang ke Glasgow. Misi dan tujuan sama macam aku juga, menuntut ilmu di negara orang. Awal bulan depan genap lah 6 bulan aku merantau di sini. Setakat ni, research berjalan seperti biasa. Supervisor pun dah keluarkan idea-idea baru untuk future study. Aku risau jugak, everytime meeting, ada je benda dia excited nak buat. Harapnye aku boleh la kejar apa yang nak dibuatnye.
Ada buah tangan untuk orang Malaysia. Video ni mungkin tak sehebat mana, sekadar berkongsi. Sharing is caring omputeh kate..:) Memandangkan layout baru Facebook macam pelik semacam, aku decide untuk upload gambar-gambar sepanjang kat Scotland di Vimeo. Tengok gambor sambil dengar lagu baru ada feel..ye dop?
this is really awesome. great to know that you're happy over there. all d best for your PhD.
ReplyDeleteteringin sangat nak pergi oversea!..untung awak belajar kat sane.
ReplyDelete