Sunday, 9 October 2011

Doa dan harapan

Tanggal 2 hb Oktober lepas, genap 6 bulan perjalanan aku sebagai seorang student phd di bumi Glasgow. Cepat betul masa berlalu. Antara sedar tak sedar je. Masih jauh lagi perjalanan yang aku kene hadap. Lurus atau berliku, hanya Allah swt sahaja yang tahu. Tugas aku hanya usaha sedaya mungkin dan sampai masa aku berserah kepada Nya. Aku yakin apa bentuk cabaran dan kesenangan yang direncanakan untuk aku di masa-masa akan datang nanti, semua nye telah tertulis dan ada hikmah besar disebalik apa yang berlaku. Kalau nak bercerita pasal susah senang buat phd  ni, aku cakap boleh bergenang air mata.

Awal bulan ni aku selamat menghadiri induction course for new research student. Course selama 3 hari tu sangatlah berguna sebagai panduan untuk pelajar-pelajar phd yang baru nak mulakan pengajian. Walaupun baru 6 bulan, dah terasa getirnya buat phd ni. Alhamdulillah, bertambah kenalan baru aku kat sini :)

USB drive dan pen percuma dari pihak universiti.
Aku kene sentiasa ingatkan diri sendiri supaya sentiasa lipat ganda kan usaha dan doa kepada Allah taala agar perjalanan ini dipermudahkan bukan untuk aku saja, tetapi juga untuk rakan-rakan seperjuangan yang lain. Amin.

1 Rindu Saya:

  1. good luck kak yam.
    go go you can do it!

    ReplyDelete