Mengidam makanan Malaysia memang satu penyeksaan untuk orang yang jauh diperantauan. Aku tak mampu nak masak macam-macam sebab:
1. Tahap kerajinan memasak variable (berubah-rubah) dan semakin cenderung ke arah kemalasan. Balik sekolah dah petang nak ke malam, alasan letih memang munasabah. eceh. Maklumlah nak masak lauk-pauk melayu ni amik masa sikit.
2. Kongsi dapur dengan mat saleh. Walaupun diorang jarang-jarang memasak, aku risau bau tumis belacan atau cili kering aku mampu buat diorang sesak nafas. Tak adventerous lansung kau ni mat saleh. Balik-balik dengan pasta ko jer. -_-
3. Barang-barang kat kedai Oriental Food boleh tahan mahal juga harga nye sebab kepala aku asik nak convert £ ke RM. Weh dah 6 bulan masih nak convert ke? ye, masih. £ = RM5. Titik!
4. Everytime nak masak sesuatu dish yang kononnye complicated, kene call mak kat Mesia. Walhal nak masak nasi lemak dengan asam pedas je. Itupun nak double confirm resepi tu betul ke tak..nak pastikan sama rasa dengan mak masak. Baru berbaloi. Konon nyer.
5. Ayam dengan daging tak jadi masalah. Kat sini murah dan banyak pakcik paki jual. Tapi bab seafood dengan ikan aku macam kecewa sikit. Maklumlah ikan beriklim sejuk ni tak banyak pilihan nye. Ikan yang ada jual kat Malaysia tu memang takdapet ler kat sini. Mujur la ada ikan salmon pujaan hati. Itupun dah buntu nak masak apa salmon ni.
![]() |
| Masak lemak cili api , kari kepala salmon, pan grilled salmon. Rotate sampai bosan. |
| Grilled salmon with buttered potatoes and steamed broccoli. |
Ikan malaysia ada jual di kedai oriental food, cuma semua nya frozen dan harga agak la mahal sikit. Masih tak ketemu ikan pari lagi setakat ni. -_*. Minggu lepas aku mengidam sangat nak makan ikan bakar. memang mengidam betul lah. Pergi tesco, nampak sea bass (siakap) versi kecik harga £2 (RM10) ..beli dan terus buat ikan bakar oven cicah kuah kicap pedas :)
![]() |
| Tak dapat der nak ikan bakar berlada bagai... |
eh okay, nak balik rumah dah ni. Baru pukul 6.30pm tapi langit dah gelap macam pukul 8 malam kat Mesia. Thanks for reading this entry.


nampak sedap. aku duk sini pun jarang makan camni... hehe
ReplyDeletebtw, aku follow blog hang.. =)
sedap gilerrrrr...hebat la skill memasak ko kat sane yer
ReplyDelete