Sunday, 13 November 2011

Hilang dan Dapat

Rupa-rupanya banyak benda penting yang saya ketinggalan di Malaysia sejak duduk belajar di Scotland beberapa bulan lalu. Jangan nak galat sangat la kan sebab kau tinggalkan mereka hanya beberapa tahun untuk selesaikan tugas dan misi penting disini. Alahai, dah la tengah dengar lagu Shila Hamzah-Patah Seribu kat Era.fm, tambah sebak pulak. Itulah 'harga' yang perlu bayar jika dah decide untuk berhijrah ke luar negara tidak kira untuk tujuan bekerja ataupun belajar. Antaranya perkara-perkara yang telah dan akan saya missed:

a) Ketinggalan untuk melawat abah yang buat cataract laser surgery awal bulan ini. Hanya boleh berdoa dari sini jelah dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan mata abah semakin elok. :)

b) Ketinggalan untuk hadiri majlis perkahwinan kawan-kawan rapat. Hanya merasai kemeriahan itu melalui gambar-gambar di Facebook jer! Tapi harap-harapnye mereka tak akan ketinggalan menghadiri majlis kawin saya suatu hari nanti. InshaAllah :)

c) Ketinggalan untuk melawat dan melihat baby kawan-kawan di Malaysia. Bestnye bila tengok diorang dah settle down dan mula bina keluarga sendiri. Jeles. Tapi kite kena positive dan percaya bahawa Allah swt telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk saya disini juga :)

d) Ketinggalan family event. Yang ni memang bertimbun-timbun la ketinggalannya kan. Terasa kemeriahan sewaktu berkumpul dengan semua saudara mara. Baru-baru ni pun terlepas birthday party adik seha , cousin kesayangan semua. Dah genap 3 tahun usia dia. Happy belated birthday Puteri Seha Nabilah! By the time saya balik 2014 nanti tak tau la dia kenal lagi ke tak kak yam dia nih.

Tapi disebalik ketinggalan perkara-perkara penting di Malaysia, Allah sentiasa berikan saya peluang belajar sesuatu yang baru dari hari pertama saya jejak kan kaki di sini. Dari sekecil-kecil benda hingga kebesar-besar perkara. Baik dari segi ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Jikalau anda berpeluang untuk tinggal di luar negara, keluar lah..tengok dunia luar boleh buat kita berfikir tentang kebesaran tuhan dan lebih mensyukuri nikmat hidup di Malaysia. 

“For everything you have missed, you have gained something else, and for everything you gain, you lose something else.” – Ralph Waldo Emerson
 
 
 

4 Rindu Saya:

  1. pergi untuk beribadah pasti akan diredhai, by the time 2014 tu nanti, pasti banyak event yang menanti. hihi

    ReplyDelete
  2. @Ashikin: insyaAllah :) thanks for d comment.

    ReplyDelete
  3. nak wat camner,
    dah jauh,
    kalau dekat sure balik punyer kan :D

    tak per... ilang 3 4 tahun jer,
    nanti pulang cover balik okeh:D

    ReplyDelete
  4. @Pocket: yup! jauh dimata dekat dihati. thanks for d motivations :)

    ReplyDelete