Friday, 30 December 2011

Semua orang pun nak balik!

Lama-lama sunyi sepi kampung West End. Sejak Oktober tahun ni, sorang-sorang balik Malaysia for good which is good lah pada mereka tapi terasa kehilangan jugak lah pada kitorang yang tinggal berapa kerat ajer kat sini. Petang tadi selamat menghantar Kak Dhilia & family kat airport untuk balik ke Malaysia. No more Princess Ayesha in Glasgow la jawabnya. 12 Januari, Abang Din& family pulak nak balik. Sayu pulak rasa. Walaupun tak sampai setahun kenal dengan diorang, keakraban antara warga westend ni buat aku terasa macam aku ada satu family yang besar dan diorang sentiasa tolong menolong sesama sendiri. Siapa lagi nak tolong kite kalau bukan orang kite sendiri kan. Mungkin sesetengah orang melihat kami yang belajar dan tinggal di oversea hidup tampak gembira dan mewah? Tapi hakikatnya hanya kami saja yang tahu. Berjimat dari segala segi, so that ada sikit duit nak jalan-jalan tengok tempat orang. :)

Besok hari terakhir di tahun 2011. Kalau dulu kat Malaysia dah sibuk nak pikir nak sambut new year eve kat mana dengan member-member. Sekarang dah tak de maknanye nak sambut-sambut ni. Lagipun bahaya kalau nak keluar tak tentu pasal, orang mabuk sana sini. Itu yang kena hati-hati sikit. Takut ada yang bertindak luar kawalan.

Sekarang waktu UK pukul 11.20pm. Mata dah letih sebab banyak sangat tengok drama dan bukan baca jurnal. Kata kau cuti kan, haruslah cuti secuti cuti nye. Bila sekolah buka, haruslah kerja sampai lebam mata.Okay?

Tuesday, 27 December 2011

Winter Break Day 1 | Cairn Gorm Ski Centre


1. I have just returned from 2D1N holidays in Highland. 
2. This was my 2nd visit to the highland and I swear it will not be my last! The short trip made me fall in love with Scotland, over and over again.
3. Let's the photo do the talk.
We headed north to the mountains on Saturday morning. The road journey from Glasgow to Cairn Gorm Ski Centre took about 3 hours. We're not lucky enough  to take the funicular railway up to the mountains due to high winds and snowsports cancelled due to lack of snow!
Ski lessons are offered to a beginner or even an expert.
Slopes which are normally thick with snow at this time of year are currently brown due to the snow shortage.

The guys ended up with sledging down the snow.
Hamka (the Ketua Rombongan), FG and Kak Lang :)


4. Just enough for today, I'll be back for more exciting photos. 

5. Yesterday was a Boxing Day. I bought nothing except a £3 long sleeve striped shirt from Primark. 
(konon nye nak jimat duit, dan takde kene mengena dengan topic hari ni yer)

 Bye!

Tuesday, 20 December 2011

2011

Assalamualaikum wbt!

Saya masih disini, tak sabar nak bercuti sebenarnya. Baru habis meeting dengan supervisor. Meeting terakhir di tahun 2011 lah kot. Universiti aka ditutup sempena perayaan Xmas dan New Year dari 23 Dec 2011- 4 Januari 2012. Lama juga dekat 2 minggu. Sejak memulakan pengajian April lalu, tak pernah pulak nak ambil cuti lama sampai seminggu. Terasa bersalah pulak kalau bercuti sebab kerja kat sekolah melambak dan ntah bila nak habis. Alang-alang supervisor dan semua staff bercuti, kita cuti la sekali. Ye dop?

Bercerita pasal tahun 2011, banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya. Banyak yang manis dan tak kurang juga yang pahit. Semuanya akan dijadikan kenangan bila dah tua nanti. Salah satu perkara yang manis di tahun 2011 mestilah dapat melanjutkan pengajian di sini, Glasgow, UK. Perjalanan untuk sampai ke tahap ini usah ditanya. Bergelora, tapi Allah maha mengetahui dan dialah maha pemberi rezeki kepada hamba nya. Nak mintak, mintak lah dengan Allah swt. InshaAllah :) Belajar di luar negara bukan setakat nak dapatkan PhD saje, banyak perkara yang kite boleh belajar dan ambil iktibar, sekaligus boleh buka mata dan pemikiran kita untuk jadi lebih matang.

Spring, April 2011
Summer, June 2011

Autumn, November 2011

   
Winter, December 2011


Musim berubah, tapi saya tetap sama, tudung bawal hitam juga menjadi pojaan hatiku. Sekian. ^-^
2012, let it be a better year.

Thursday, 8 December 2011

Ribut

Sepatutnya pukul 9.30am -12.30pm aku kena hadiri Stem cells module di sekolah. Memandangkan hari ni Scotland dilanda ribut Hurricane, semua kelas, exams, course, module dan even sekolah-sekolah di Glasgow diarah tutup serta merta. Angin kat luar tu sangat lah kencang ditambah pulak dengan hujan, bertambah tambah kesejukan. Haa baru je nak tulis pasal ribut ni, dah dapat email dari University suruh balik umah masing-masing.

Dear Student,

In view of the severe weather conditions, with very strong winds expected from 12 noon onwards, the University has decided to close with immediate effect. All staff and students are encouraged to return home as soon as possible!

Hari ni 8th December 2011 adalah hari jadi abah yang ke 61 tahun. Dah jadi warga emas dah abah aku. Baru sekejap tadi luangkan masa telefon dan bersembang dengan abah. Seronok dan terharu dapat cakap dan dengar nasihat serta doa diorang untuk aku disini. Aku harap Allah panjangkan usia dan berkatilah kehidupan mereka sehingga ke akhir hayat. Amin.

Tuesday, 6 December 2011

Hello Winter!!

Oh Salji dah turun!! Memandangkan ini kali pertama aku merasakan suasana bersalji, maka haruslah berasa jakun sedikit. Alhamdulillah diberikan peluang dan kesempatan untuk melihat kebesaran Allah swt. Cantik! itu saja yang dapat aku komen pasal salji. Suhu sekarang adalah -2°C, sejuk sangat. Tapi bak kata orang jangan di pikir sangat rasa sejuk tu. Kalau dipikir lagi sejuk rasanya, mainan psikologi. Jalan pun licin, kalau jatuh gedebuk tu pepandai la bangun sendiri. Okay?


Snowing and it's really beautiful. I 'enjoy' the coldness ;D

Friday, 2 December 2011

Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

Wah! Hari ni genap 8 bulan di bumi Glasgow. Kalau orang mengandung, 8 bulan dah besau perut memboyot. Itu orang mengandung la kan. Perjuangan masih dan tetap diteruskan walau onak badai tsunami taufan datang melanda. Apa jua dugaan, kesusahan dan masalah yang datang mesti diharung, diredah dengan tabah. Selalu berpegang pada pepatah susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Usaha sehabis baik dan tawakal lah kepada yang satu.

Sekarang Glasgow mula dihiasi dengan pokok-pokok krismas dan lampu kelip-kelip, sempena nak menyambut Krismas akhir bulan ni. Bila dibuat perbandingan, orang malaysia buat deco untuk krismas lagi over gitu. Tengok jelah kalau kat Mid Valley, Pavillion, Suria KLCC, Times square, semua berlumba-lumba nak buat pokok krismas sape paling tinggi dan paling gempak. Kat sini rata-rata sederhana deco nya. Tapi orang kata selagi tak turun salji, tak terasa suasana krismas tu.Bila salji nak turun tu hanya Allah jelah yang tahu. Berbalik pada tajuk,
banyak pandangan para ulama berkaitan isu merayakan sambutan/perayaan orang kafir. Jika pembaca masih ragu-ragu tentang perkara ini, soal-jawab Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr.MAZA) di lawan web beliau mungkin dapat merungkai permasalahan ini. Kesimpulan dari penjelasan beliau yang berlandaskan Al-quran dan hadis ialah:

"Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau ‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita."

Kalau berminat untuk membaca dengan lebih lanjut boleh baca disini.