Fuhh..masih lagi bernafas alhamdulillah. Sepatutnya aku ada weekly meeting dengan supervisor sekarang ni (setiap selasa 2pm waktu UK). Tetiba dia pops up kat pintu dan kata "oh dear, we're not going to do anything today" hati aku terus lah berbunga-bunga ..eceh meeting cancel kan tapi tak kanlah nak tunjuk muka gembira..kene lah berlakon sikit.."why not?" balas aku. Dia pun cakap dia nak ke Germany khamis ni, so dia perlu uruskan banyak perkara before dia pergi. Yang paling tak tahan dia kata nak settle kan banyak crisis dan konflik dalam pathology department. Sabor jelah..hehe.
Makin lama kite bekerja dengan seseorang tu makin kite kenal macam mana cara seseorang tu bekerja. Satu perkara yang aku belajar dari mat saleh ni, diorang sangat komited, sangat disiplin dan jujur pada kerja. Perkara yang kite patut jaga adalah tepati masa. Diorang tak suke kite kelentong, kalau tak tahu cakap tak tahu. Kalau aku tengok radiograph dengan dia pun ada benda yang dia sendiri tak pasti dia akan cakap "to be honest, I don't know". Kalau aku yang cakap " to be honest I don't know.." diorang tak akan merendah-rendah kan kita. Malah explain satu-satu dan recommend suruh baca buku ni, cari paper ni untuk bagi tambah sikit pemahaman tu. Maklumlah aku memang slow learner sikit..:)) Next time kalau aku balik mengajar, aku pastikan aku akan buat perkara yang sama pada student. Bukan maki, marah, bengis sampai nak shoot x-ray pun menggigil-gigil. (itu cerita masa undergraduate lah) tapi effect nye sampai sekarang, bila aku nak tekan butang x-ray tu automatic rasa berdebar dan sure aku akan selawat nabi..hihi!
![]() |
| nerves nye lebih kurang macam tu lah....phd comics ni memang real!!! |
Tapi supervisor aku mulut laser sikit. So jangan nak amik hati sebab aku rasa mat saleh memang macam tu kot. Takde nak selindung-selindung. Aku cakap next week aku ada two-day course, "Using word to prepare your thesis"...so terpaksa lah cari hari lain untuk meeting minggu depan..lepas tu dia boleh kata sambil gelak-gelak"Common mariam, it's a premature course, do you forget how to use Word??" sentap mak. haha takde benda pun, cuma kena explain la nak tulis thesis ni bukan pakai tulis jer, kena ada template, kena tau short cut everything la supaya mudah nak manage thesis yang beratus-ratus muka surat tu..agaknya lah kan. Itulah dia Mr. Professor, so far alhamdulillah. :)
![]() |
| Bila aku tengok gambo ni buat aku sesak nafas! |


haha lawak okay. all d best for u
ReplyDelete@Hanin90: tq!!!
ReplyDelete