Kene habiskan jugak entry pasal winter break sebab mak asyik tanya takda gambar baru ke? Seronok agaknya mak tengok gambo aku kat sini :) Setelah misi mencari salji ala-ala tidak berapa kesampaian di hari pertama, kami teruskan perjalanan ke Inverness dan bermalam di Travelodge. Perjalanan dari Cairngorm Mountain ke Inverness kira-kira 1 jam. Inverness merupakan pusat pentadbiran bagi highland council area dan perkataan 'Inverness' itu bermaksud "Mouth of the River Ness". Perkataan Scottish ni memang macam-macam, nak sebut pun ada caranya. Sekarang pun dah terpengaruh dengan scottish accent gara-gara tiap-tiap pagi sebelum pergi sekolah dengar radio scottish. Marilah lihat gambar-gambar sekitar Inverness:
![]() |
| Broad and sparkling River Ness flowing through the city...ececeh romantis giteww. |
![]() |
| Inverness Castle adalah antara tarikan utama disini. |
![]() |
| Sebahagian daripada ahli rombongan. |
![]() |
| Setelah lelah bergambar sakan, kami akhirnya bergerak turun ke selatan. Memandangkan cuaca tidak begitu mengujakan, ketua rombongan decided untuk terus balik ke Glasgow. |
Lepas ni dah takde dah nak jalan-jalan bagai. Kembali fokus pada study, work hard until next summer! InshaAllah. Selepas berkerja keras, baru berbaloi untuk bercuti atau berpoye-poye. Takdelah rasa bersalah sangat kan? Happy weekend everyone xoxo.








wahhhhhh cantik sangat scotland ni. How I wish I could be there.
ReplyDelete@Jasmien, jom!!
ReplyDelete