Wednesday, 15 February 2012

hai 5 makanan..

Dalam kekalutan menulis 1st year report, sempat lagi nak update blog. 5 MAKANAN yang aku rasa nak makan sangat-sangat kalau aku ada kat Malaysia sekarang ni!!

1. Asam pedas Ikan pari letak bendi (Mak masak)
2. Sotong celup Tepung Bawah Jambatan Kuala Ibai, Terengganu.
3. Asam Laksa (Little Penang Cafe)
4. Ikan keli berlada + Nasi Padang
5. Keropok lekor Seberang Takir BTB2209 Terengganu.

Hamikk!! specific giler ..serious mengidam..T_T

Tuesday, 7 February 2012

Mood: EXCITED!

Mood excited sebab besok kawan sekolah sejak form 3 nak datang Glasgow! terharu aku ada jugak orang nak datang jenguk dan lawat aku kat sini. Sekarang diorang masih lagi di England berjimba-jimba disana. Dan last minute, weekly meeting batal sebab SV ada meeting lain yang tak dapat dielak kan lagi. Hari ni pun agak sibuk book kan hotel budak-budak ni. Tetiba dapat guest house yang agak murah dari beberapa hotel yang aku survey minggu lepas. Memang plan nak suruh diorang stay dekat-dekat Great Western Road agar mudah aku nak jenguk dan bawak diorang jalan-jalan sekitar West End ni. 

So plan untuk diorang selama 3 hari 2 malam di Glasgow:

1. Glasgow University Tower

Awal-awal lagi diorang dah request nak pergi Glasgow University. Tempat wajib untuk photo shoot gitew. walau seratus kali aku pergi bangunan tu, seratus kali jugak aku akan jatuh cinta. Haruslah bawak tripod besok so tiga-tiga boleh tergedik-gedik ambik gambo.

2. Kelvingroove Museum and Art Gallery

Mungkin lepas tu aku bawak diorang ke Kelvingroove Museum and Art gallery. Masuk dah la percuma, berbaloi-baloi pulak tu apa yang diorang pamerkan. Yang paling best, boleh pulak ambik gambar dalam museum. Tapi dalam masa sehari mungkin tak habis pusing kot. Sebab aku dulu pun datang 2 kali baru habis pusing museum ni.

3. Glasgow Botanic Garden

Musim winter ni takde apa sangat nak tengok, tapi dalam glass house dia tu banyak jugak benda menarik diorang boleh tengok. Yang penting posing...hehe. kalau sempat mungkin akan bawa diorang ke City Centre.


4. Hari kedua aku memang syorkan diorang pergi Highland Tour. Sebab kalau datang Scotland tapi tak pergi highland memang rugi. Sebabnya memang tak dapat der nak tengok pemandangan macam ni kat Malaysia.


Ini gambar sekitar Glencoe masa aku datang musim luruh tahun lepas. Cantik sangat pemandangan kat sini. Subhanallah. Sekarang kat sana tengah busy salji..so merasa jugak la budak-budak ni main salji.

Semoga flight diorang dari London ke Glasgow selamat semuanya. Sejak dua menjak ni cuaca tak menentu kat UK ni. Masih pening nak bawak diorang makan-makan kat mana? :)

Thursday, 2 February 2012

Hey, you missed the -6°C!!

Setakat ni -7°C suhu paling rendah di Glasgow sepanjang winter 2011/2012.
" Temperatures have been hovering around freezing point in many areas and forecasters warn the cold spell will continue to grip Britain for the rest of the week"- Met Office

By night we are expecting severe frosts with temperatures possibly getting down to as low as –10C.”-Forecaster

  "The UK has been shivering for the past week in the first real cold blast of the winter – after what appeared to be one of the mildest on record"- Forecaster